Bidang
pertanian dilihat sebagai satu sektor yang mampu bersaing dalam perniagaan.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kerajaan telah mewujudkan pelbagai
jabatan dan agensi dalam usaha membangunkan dan memajukan bidang pertanian demi
memastikan pengusaha pertanian dapat menghasilkan jumlah pengeluaran mencukupi
bagi menampung permintaan di pasaran.
5.1 Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA)
FELDA
ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk
pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan
melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah
untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian,
perindustrian dan komersil sosial ekonomi.
Pada masa ini
FELDA menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan
moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan
tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka seterusnya
memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping
merapatkan jurang antara Bandar dan kawasan Bandar kecil.
5.2
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
MARDI
ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 di bawah Akta MARDI 1969. Objektif utama MARDI
adalah untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk
kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. MARDI memainkan
peranan seperti berikut:-
i.
Menjalankan
penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan
pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa
sawit dan koko), ternakan dan makanan serta perladangan campuran.
ii.
Berkhidmat
sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan
perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan
dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai
kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung
dengan nya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar.
iii.
Menjadi
pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta
industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan
kualiti serta R&D kontrak.
iv.
Memberi
pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta
industri asas tani.
v.
Memberi
geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan
ekonomi berkenaan dengan industri pertanian.
vi.
Mengekalkan
hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat
dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan
industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
vii.
Menjalankan
penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil.
viii.
Membangun,
mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan.
ix.
Memberi
perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri
asas tani.
5.3
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
FAMA pula
merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri
Asas Tani yang bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk-produk industri asas tani. Selain
daripada itu, FAMA berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri
asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh
pengguna. FAMA juga berusaha untuk memperkukuhkan bekalan melalui program
ladang kontrak, memperluaskan akses pasaran dan meningkatkan promosi pasaran
tempatan dan eksport.
FAMA juga
mempunyai satu pelan strategik jangka panjang bagi meningkatkan dan meluaskan
pasaran produk pertanian serta memacu transformasi pemasaran iaitu
i.
Peningkatan
bekalan hasil pertanian
ii.
Peningkatan
akses pasaran
iii.
Peningkatan
bilangan usahawan tani agromakanan
iv.
Penjanaan
pendapatan kumpulan sasar bagi kalangan petani dan juga usahawan petani
v.
Peningkatan
kecekapan khidmat pemasaran
5.4
Lembaga Pertubuhan Peladang
Lembaga
Pertubuhan Peladang juga memainkan peranan yang sama penting bagi
membantu mempertingkatkan ekonomi dan sosial masyarakat tani dibawah satu badan
berperanan khusus. Objektif penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang adalah untuk
meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran,
meninggikan hasil dan pendapatan dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta
mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.
Di antara
peranannya adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran peladang menerusi
penyediaan perkhidmatan, meningkatkan pertumbuhan sector pertanian yang pesat
menerusi usaha penyusunan semula pertanian. Di samping itu, Lembaga Pertubuhan
Peladang berperanan untuk meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan
pelaburan dalam bidang pertanian,meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti
penghidupan peladang dan mengimbangi pembangunan perusahaan asas tani di
kawasan luar bandar.
5.5 Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB)
MPOB berperanan
membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju
dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport
utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan
ini juga, penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya
penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan lading serta kawalan serangga
dan penyakit. Oleh itu, bantuan kementerian ini amat diperlukan.
5.6 Bank Pertanian Malaysia (AGROBank)
AGROBank yang
dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia, merupakan sebuah bank milik
kerajaan di bawah naungan Kementerian Kewangan dan juga ahli Institusi
Pembiayaan Mikro (MFI) kelolaan Bank Negara Malaysia, di atas dasar yang
ditetapkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Penubuhan
Agrobank pada 1969 selaras dengan langkah kerajaan untuk menjalankan projek
pengairan bagi menampung penanaman padi sebanyak dua kali setahun di negeri
Kedah dan Perlis. Agrobank menyediakan bantuan kredit kepada petani dan telah
muncul sebagai pembekal perkhidmatan kredit terbesar kepada sektor pertanian
luar Bandar. Agrobank juga telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada
petani untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana IKS yang berasaskan
pertanian.