Sunday, 27 November 2016

1.0 PENGENALAN



Pertanian didefinisikan sebagai suatu aktiviti yang melibatkan penternakan, bercucuk tanam, perikanan dan perhutanan. Ia merupakan kegiatan yang dijalankan dengan tujuan untuk menghasilkan sumber tenaga, bahan mentah industry, sumber makanan dan sebagainya.
Pertanian merupakan aktiviti ekonomi dunia yang paling penting. Ia menggunakan satu pertiga daripada permukaan bumi dan 45% daripada jumlah penduduk dunia yang bekerja terlibat dengan aktiviti pertanian. Geografi pertanian merupakan satu bidang yang mengkaji dan menghuraikan perbezaan kawasan-kawasan yang diliputi oleh  tanaman di permukaan bumi. 
Pertanian tidak lagi boleh diasingkan dari kehidupan manusia di muka bumi apabila manusia yang semakin ramai dan mempunyai pelbagai citarasa. Diperingkat awal, masyarakat manusia yang bergantung kepada aktiviti memburu dan mengumpul makanan tidak membiak dengan ramai kerana tidak berkemampuan untuk menyediakan sumber makanan yang mencukupi. Berbanding dengan masyarakat moden yang jumlahnya hampir mencapai angka 6 bilion orang, aktiviti pertanian yang cekap dan produktif menjadi aktiviti penting bagi menghasilkan sumber makanan dan gentian yang banyak. 
Aktiviti menternak haiwan merupakan titik permulaan bagi pertanian moden yang diamalkan sekarang. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan tenaga kerja dan penjagaan yang rapi. Tanaman dan ternakan tidak boleh dibiarkan sendirian untuk hidup seperti keadaan semulajadi.  Tanaman padi sebagai contohnya memerlukan kerja-kerja penyemaian, pembajakan, pembajaan, pengawalan serangga dan penyakit, pengawalan rumpai dan penuaian. Keperluan untuk peralatan, jentera, saliran, pengairan, pagar, dan kewangan untuk membeli input-input juga turut meningkat dengan berkembangnya sistem pertanian yang banyak tertumpu kepada peningkatan hasil dan mutu pengeluaran pertanian.

No comments:

Post a Comment